SEREMBAN 9 Ogos – Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) menggesa semua kerajaan negeri menambah kuota pemilikan rumah dalam kalangan masyarakat Orang Asli di bawah dasar perumahan negeri masing-masing. Timbalan Ketua Pengarah Jakoa, Saiful Zahlan Muhamad Azmi berkata, ini kerana setiap tahun peruntukan bagi bantuan perumahan Jakoa agak terbatas berbanding permintaan yang tinggi oleh masyarakat berkenaan. Sebagai contoh, katanya, untuk tahun ini, Negeri Sembilan dan Melaka hanya menerima sebanyak lima unit rumah sahaja berbanding permintaan yang terlalu ramai. “Jakoa memohon kerjasama kerajaan negeri menambah bilangan kuota pemilikan rumah untuk Orang Asli.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya