PASIR PUTEH 12 Ogos – Biarpun dalam keadaan uzur dan hilang kudrat, pasangan warga emas ini tetap tabah menguatkan semangat demi kelangsungan hidup anak mereka yang lumpuh sejak setahun lalu. Keluarga miskin yang tinggal di Kampung Dalam Kerawat, Selising, dekat sini, turut dihimpit kekangan kewangan bagi perbelanjaan makan dan minum serta pengurusan harian anaknya, Mohamad Hairudy, 32. Che Man Dollah, 78, berkata, anaknya lumpuh dan tidak boleh bercakap selepas kemalangan membabitkan dua motosikal di Kampung Bukit Tanah pada pertengahan tahun lalu terpaksa ditatang dengan penuh kasih sayang. Menurutnya, sejak kejadian…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya