KUALA TERENGGANU 8 Ogos – Polis menyifatkan kejadian rogol dan samun ke atas seorang gadis di sebuah butik di Jalan Bukit Kecil di sini, 1 Ogos lalu merupakan kes jenayah paling kejam di negeri ini dalam tempoh empat tahun. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner (ACP) Fazlisyam Abdul Majid memberi jaminan kes itu akan diselesaikan secepat dengan penahanan suspek sehari selepas kejadian, dan akan dituduh di mahkamah dalam waktu terdekat ini. Menurutnya, penganggur berusia 25 itu bakal berdepan enam pertuduhan termasuk kes samun dan rogol di bawah Seksyen 376…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya