YANGON 1 Ogos – Tindakan kerajaan Myanmar menubuhkan suruhanjaya baharu untuk mengkaji pencabulan hak asasi manusia di negeri Rakhine mendapat kritikan oleh kumpulan pemerhati. Semalam, kerajaan negara itu mengumumkan suruhanjaya siasatan bebas telah ditubuhkan tetapi tidak memberikan butiran mengenai kuasa atau jangka masa yang diberikan untuk menyelesaikan laporannya. Penganalisis, David Mathieson berkata, usaha itu hanyalah ‘gimik politik’ untuk menutup layanan buruk mereka terhadap etnik minoriti Islam Rohingya di negeri itu. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya