KUALA LUMPUR – Polis menahan empat lelaki dan merampas 31.11 kilogram (kg) dadah jenis syabu bernilai RM1.56 juta dalam dua serbuan berasingan di Kajang dan Tanjung Malim kelmarin. Serbuan pada pukul 9 malam hingga 10.55 malam itu dilakukan oleh sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang. Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, tiga suspek pertama berusia antara 23 hingga 27 tahun ditahan di sebuah rumah teres dua tingkat di Bandar Sungai Long, Kajang. “Pemeriksaan di rumah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya