MEKAH 10 Ogos – Prosedur operasi standard (SOP) yang disediakan Tabung Haji berkaitan aspek keselamatan jemaah semasa di tanah suci sudah mencukupi untuk petugas berhadapan musibah seperti kejadian kren tumbang pada 2015. Menurut Pengurus Maktab 87, Khairoddin Ahmad, kejadian tersebut memberi banyak pengalaman kepada beliau dan petugas lain dalam mengendalikan kebajikan jemaah haji. “Ketika latihan pengukuhan di tanah air lagi kami sudah diberikan pendedahan berkaitan risiko dan apa yang perlu dilakukan ketika berdepan kecemasan. Itu merupakan panduan yang banyak manfaatnya,” katanya di sini. Menurutnya, seorang daripada tujuh jemaah yang terkorban ialah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya