KETIADAAN dua acara iaitu jianshu (pedang) dan qiangshu (lembing) dalam saingan wusyu pada Sukan Asia 2018 di Jakarta dan Palembang, Indonesia memberi tamparan hebat kepada skuad negara apabila terpaksa meletakkan sasaran lebih rendah satu perak dan dua gangsa. Malaysia berpotensi untuk meraih pingat emas dalam kedua-dua disiplin berkenaan, namun tuan rumah Indonesia tidak mempertandingkan acara tersebut, sekali gus memberi kerugian kepada kontinjen negara. Juara wusyu dunia, Wong Weng Son antara prospek emas negara ke Sukan Asia selepas muncul juara acara jianshu (pedang) lelaki pada Kejohanan Wusyu Dunia di Kazan, Rusia…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya