KUALA LUMPUR 6 Ogos – Ketua jurulatih skuad Bawah 23 (B-23) negara, Datuk Ong Kim Swee menegaskan beliau tetap berpuas hati dengan prestasi anak-anak buahnya meskipun tewas 2-1 kepada China dalam perlawanan persahabatan di Changzhou semalam. Kim Swee berkata walaupun pemainnya hanya menjalani latihan seminggu yang lalu namun mereka menunjukkan perkembangan positif tetapi masih terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki. “Saya rasa satu permainan yang baik untuk aksi pertama kita bermain bersama selepas Januari. Selepas seminggu latihan, pemain nampak cukup bagus dalam babak pertama tetapi kita gagal melakukan penyudahan dengan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya