KUALA LUMPUR 6 Ogos- Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) hari ini menggesa kerajaan melaksanakan skim insurans kesihatan kepada semua pihak dan bukan hanya terhad kepada golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus rendah (B40). Presidennya Dr. Mohamed Namazie Ibrahim berkata, ini kerana kumpulan pertengahan dan berpendapatan tinggi juga terdedah kepada masalah membiayai perubatan jika kehilangan pekerjaan walaupun dilindungi insurans kesihatan yang disediakan majikan atau skim manfaat kesihatan pekerja. “Cadangan tersebut walaubagaimanapun perlu diperhalusi dengan mengadakan perbincangan melibatkan pelbagai pihak terutama agensi yang bukan berasakan keuntungan semata-mata. “Tambahan pula, sebilangan kecil daripada kumpulan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya