KUALA LUMPUR 11 Ogos – Gandingan utama siri Cinta Bukan Kristal (CBK), Sharnaaz Ahmad, 33, dan Ayda Jebat, 26, tidak menafikan berasa gementar untuk menantikan maklum balas penonton terhadap drama lakonan mereka. Apatah lagi, karya arahan Shuhaimi Zulkefli itu kini menggantikan drama Jangan Benci Cintaku yang sebelum ini berjaya memperoleh jumlah tontonan mencecah 12 juta penonton setiap kali disiarkan di slot Akasia TV3. Menurut Sharnaaz, lebih setahun berehat seketika dari arena seni lakon tempatan, dia mengharapkan CBK dapat meninggalkan impak terbaik kepada masyarakat sementelah naskhah adaptasi novel itu mengangkat isu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya