LIMA 8 Ogos – Sebanyak sembilan orang maut di Peru akibat makan makanan tercemar dalam satu majlis pengebumian, kata pihak berkuasa semalam. Perkhidmatan Kecemasan Peru dalam satu kenyataan berkata, mereka merupakan antara 50 penduduk kampung yang dikejarkan ke hospital termasuk empat daripadanya dalam keadaan tidak stabil dan 21 lagi pesakit kritikal. Mangsa menghadiri satu majlis pengebumian di sebuah perkampungan terpencil di Andes sebelum mereka jatuh sakit. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya