SETIAP kali menjelang Ogos, ramai yang bertanya sama ada perlu Jalur Gemilang dikibarkan di bangunan pejabat atau kediaman mereka. Saya akui pertanyaan sebegini agak mengejutkan kerana bagi golongan yang pernah melalui zaman kepayahan sebelum merdeka seperti saya, perasaan cintakan negara dan simbol kedaulatan seperti bendera kebangsaan tersemat amat dalam di sanubari. Generasi terdahulu amat menyayangi dan menghargai kemerdekaan kerana pernah melalui zaman susah di bawah penjajahan dan juga berhadapan ancaman komunis. Sebenarnya, Jalur Gemilang bersaiz kecil sentiasa berada di dalam kereta saya manakala bendera kebangsaan bersaiz besar berkibar megah di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya