BERBAKI seminggu menjelang Sukan Asia 2018 di Jakarta dan Palembang, Indonesia bermula 18 Ogos ini, kontinjen negara mendapat suntikan semangat bagi merealisasikan misi berada dalam kelompok 10 terbaik menerusi sasaran tujuh pingat emas. Barisan atlet Malaysia yang dipimpin Ketua Kontinjen, Datuk Seri Abdul Azim Mohd. Zabidi mendengar amanat berharga daripada pemimpin No. 1 negara, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada majlis penyerahan Jalur Gemilang di Dataran Perdana, Putrajaya semalam. “Jika Malaysia pernah menamatkan saingan dalam kelompok 10 terbaik pada temasya sebelum ini (Sukan Asia 2010), saya tidak nampak kenapa kontinjen kita…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya