KEDAH mendapat semangat baharu apabila berjaya memperoleh kemenangan pertama dalam saingan Kumpulan C Piala Malaysia menentang MISC-MIFA di Stadium Darul Aman, Alor Setar kelmarin. Penolong Ketua Jurulatih Kedah, Azzmi Ab. Aziz berkata, kemenangan 3-2 itu adalah hasil komitmen dan keazaman tinggi ditunjukkan anak-anak buahnya pada perlawanan tersebut. “Sebenarnya kita sangat terdesak untuk dapatkan kemenangan dan kita tahu ada sedikit isu dalam pasukan tetapi ia dapat diselesaikan dan saya amat berterima kasih kepada semua pemain. “Kita mungkin mempunyai kekurangan tetapi komitmen dan kesungguhan pemain pada malam ini (kelmarin) sangat hebat,” katanya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya