PIHAK pengurusan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) masih belum membuat sebarang keputusan sama ada ingin menggantikan pengendali baharu buat pasukan atau sebaliknya berikutan perkara tersebut masih dalam perbincangan. Sebelum ini penyokong Selangor sering menyalahkan jurulatihnya, Muhammad Nazliazmi Mohamad Nasir sebagai punca kekalahan skuad Gergasi Merah kebelakangan ini dan yang terbaharu tewas 0-3 kepada kelab Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) dalam aksi pembukaan Piala Malaysia. Setiausaha Agung FAS, Johan Kamal Hamidon memberitahu, pihaknya masih belum memberikan kata putus terhadap isu berkenaan dan ia masih dalam kajian. “Kami sedang melihat dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya