KUALA LUMPUR 11 Ogos – Selangor masih buntu mencari kemenangan dalam kempen Kumpulan D Piala Malaysia apabila tewas 2-0 kepada Pahang di Stadium Shah Alam, sebentar tadi. Pahang berada di depan menerusi jaringan pertahanan Tok Gajah, Muslim Ahmad sebelum Norshahrul Idlan Talaha menggandakan jaringan pada minit ke-54. Satu lagi aksi Kumpulan D menyaksikan Sabah melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas PKNP FC di Stadium Likas. Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh Rahman Shah Marajeh pada waktu kecederaan babak kedua. Di Stadium Perak pula menyaksikan Terengganu meneruskan rentak kemenangan apabila menewaskan Perak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya