PENDEDAHAN oleh pertubuhan bukan kerajaan Sabah (Gannos) mengenai anggaran sejumlah 800,000 individu di negeri itu yang didakwa orang tanpa bernegara (OTB) atau tidak memiliki dokumen pengenalan diri adalah penemuan yang mengejutkan. Walaupun anggaran yang dikeluarkan NGO Development of Human Resources in Rural Areas (DHRRA) dengan bantuan teknikal oleh Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), menunjukkan jumlah OTB di Malaysia menyusut daripada 40,000 pada 2009 kepada 12,400 orang pada akhir 2017, namun, penurunan ini tidak dapat dipastikan memandangkan kesukaran memperoleh statistik muktamad berkaitan komuniti OTB. Kesukaran mendapatkan jumlah sebenar adalah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya