SIBU 8 Ogos – Seorang suspek kes bunuh seorang penjawat awam wanita di sebuah rumah sewa di Jalan Tiong Hua pada Khamis lalu direman tujuh hari bermula esok hingga 15 Ogos hadapan. Majistret Saiful Sayoti mengarahkan perintah reman itu ke atas suspek, Philip Uja, 42, di Wad 15, Hospital Sibu sebentar tadi. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, permohonan reman tersebut dilakukan di Hospital Sibu kerana suspek masih menjalani rawatan selepas meminum racun. Katanya, permohonan reman terhadap suspek itu dibuat Pegawai Penyiasat, Asisten Superintenden Sylvarius Gopog, manakala…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya