GOMBAK – Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan sebelum terlanggar pembahagi jalan di Lebuh Raya Utara – Selatan Kilometer 442.8 menghala ke utara dekat sini hari ini. Dalam kejadian pada pukul 5.55 petang itu, mangsa, Zaid Mohd. Zaidi, 18, yang menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda berkenaan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada kepala. Ketua Polis Daerah (KPD) Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian cuaca berada dalam keadaan baik. “Mangsa yang bekerja di sebuah kilang sekitar Shah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya