PUTRAJAYA 2 Ogos – Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan notis rayuan bekas Undang Luak Johol ke-14, Datuk Mohd. Jan Abdul Ghani untuk mencabar kesahan prosedur pemecatannya, dua tahun lalu. Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Umi Kalthum Abd. Majid memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan kesemua 12 responden iaitu Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan, kerajaan negeri dan 10 individu lain untuk membatalkan notis berkenaan. Selain memerintahkan Mohd. Jan membayar kos RM15,000, kuorum yang turut disertai oleh Puan Sri Zaleha Yusof dan Datuk Yaacob Md. Sam berpuas hati bahawa Mahkamah Rayuan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya