GLASGOW 3 Ogos – Meskipun gawang Rangers dibolosi buat kali pertama dalam empat perlawanan di bawah kendalian jurulatih baharu Steven Gerrard namun situasi itu tidak melemahkan semangat kelab dari Scotland itu untuk mengikat Osijek 1-1 sekali gus mara ke pusingan ketiga kelayakan Liga Europa. Rangers mara selepas mencatat kemenangan agregat 2-1, mereka terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-53 menerusi tandukan pemain Croatia, Nikola Katic dari jarak dekat berpunca daripada bola muntah penjaga gol Osijek, Marko Malenica. Lawan mereka adalah Maribor selepas kelab dari Slovenia itu menewaskan Chikhura 2-0.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya