KUALA LUMPUR 6 Ogos – Naib Presiden PKR Rafizi Ramli melahirkan kebimbangan terhadap cadangan kerajaan untuk melancarkan projek kereta nasional ketiga menjelang tahun 2020. Rafizi berkata, kebimbangan beliau berasaskan tentangan yang jelas daripada rakyat terhadap projek tersebut. “Saya ingin melahirkan rasa bimbang sekiranya Kerajaan Persekutuan secara berterusan mahu meneruskan projek ini dalam keadaan tentangan rakyat terhadapnya adalah jelas. “Pakatan Harapan dipilih atas platform untuk mengurangkan beban sara hidup rakyat. Sementara rakyat masih memberi peluang kepada Pakatan Harapan untuk melaksanakan janji-janji manifesto, melaksanakan sesuatu yang tidak popular dan bertentangan dengan tawaran…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya