MEMBELI nombor pendaftaran kenderaan unik melalui kaedah pembidaan bukanlah suatu perkara baharu di negara ini. Kosmo! baru-baru ini melaporkan nombor pendaftaran khas Malaysia 1 mencipta sejarah apabila dibeli oleh syarikat Aldi International Sdn. Bhd. pada harga RM1,111,111. Ia merupakan pembelian termahal dalam sejarah bidaan nombor pendaftaran kenderaan di negara ini. Syarikat pelaburan dari Johor Bahru, Johor itu juga berjaya membida dua lagi nombor pendaftaran khas iaitu Malaysia 2 pada harga RM422,000 dan Malaysia 4 dengan harga RM162,000. Terdahulu, pada 27 Ogos 2016, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar memenangi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya