KUALA LUMPUR 6 Ogos – Pelaksanaan projek Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3) adalah bergantung pada kemampuan kewangan kerajaan yang akan dibentangkan menerusi Bajet 2018 pada 2 November ini. Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd. Anuar Mohd. Tahir berkata, pihaknya perlu mendapatkan persetujuan dan keputusan Kabinet serta agensi-agensi di bawah kerajaan Pusat sebelum membuat sebarang keputusan berhubung projek tersebut. “Kajian sudah buat, tetapi keputusan sama ada akan melaksanakan LPT3 ini bergantung pada kemampuan kewangan kerajaan dan keputusan agensi pusat. “Berdoalah banyak-banyak, tunggu perbentangan Bajet 2018 pada 2 November ini,” katanya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya