Kelihatan cahaya dari planet Marikh bersinar-sinar ketika dirakam dari jarak jauh di Bandaraya Kuching malam tadi. Marikh yang turut dikenali sebagai planet merah berada di kedudukan 57.59 juta kilometer (km) dan ketika ini ia semakin menjauh tetapi masih boleh dilihat dengan jelas. Kedudukan paling dekat dengan bumi ialah pada 31 Julai lalu. Kali terakhir ia berada paling dekat dengan Bumi ialah pada tahun 2003 dengan kedudukan 55.75 juta km iaitu jarak paling dekat dalam tempoh hampir 60,000 tahun.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya