KUALA LUMPUR 2 Ogos – Akta Kanun Tanah Negara perlu dipinda bagi menghalang warga asing untuk memiliki tanah di negeri-negeri. Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. A. Xavier Jayakumar berkata, pada masa ini, akta tersebut membenarkan golongan tersebut memiliki tanah di negara ini. “Kalau kita nak buat sesuatu kita kena tukar akta sekarang, akta itu kini memberi kuasa kepada mereka untuk memiliki tanah-tanah negeri,” katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya