PULAU PINANG 6 Ogos – Bersampan menyelusuri tasik air tawar sebesar Singapura untuk menikmati pemandangan lebih sejuta bunga teratai mekar pada waktu pagi. Momen-momen indah itu boleh dirasai sekiranya anda mengunjungi Tasek Thalenoi yang terletak dalam wilayah Phatthalung di selatan Thailand. Keindahan tasik berkenaan yang kelihatan seperti hamparan permaidani berwarna merah susu itu turut diserikan dengan kehadiran puluhan spesies burung pelbagai warna yang berterbangan di ruang udara tasik berkenaan yang menghadap Teluk Siam. Lebih menarik, pengunjung turut berpeluang bertemu ‘ikon’ pelancongan Phattalung iaitu kerbau air gergasi yang menjadikan pulau-pulau kecil…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya