Pesta jualan buah-buahan bermusim FAMA tarik setengah juta pengunjung - Utusan Malaysia

Pesta jualan buah-buahan bermusim FAMA tarik setengah juta pengunjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Pesta jualan buah-buahan bermusim anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) berjaya menarik kehadiran lebih setengah juta pengunjung di seluruh negara. Ketua Pengarahnya, Datuk Ahmad Ishak berkata, pesta jualan buah-buahan itu diadakan di 60 lokasi termasuk pekarangan pejabat FAMA, masjid dan pasar raya sejak awal Julai lalu. Beliau berkata, program itu diadakan sebagai usaha memasarkan buah-buahan bermusim seperti durian, manggis, rambutan, duku, langsat dan cempedak sekali gus mengelakkan lambakan. “Tahun ini buah-buahan begitu menjadi berbanding tahun lalu dan dapat dijual dengan murah. Contohnya pengeluaran durian tahun lalu hanya…

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya