JAKARTA – Sebuah pesawat kecil PAC750 XSTOL milik Dimonim Air, yang dilaporkan hilang semalam, ditemui terhempas di kawasan pergunungan di Papua. Menurut Ketua Devisi Hubungan Masyarakat Polis Indonesia Insp Jeneral Setyo Wasisto pesawat berkapastiti 10 penumpang yang dinaiki sembilan orang itu, ditemui pasukan penyelamat kira-kira 9 pagi tadi di kawasan Pergunungan Bintang, Provinsi Papua. Lapan disahkan terbunuh iaitu enam penumpang, seorang juruterbang dan seorang pembantu juruterbang, katanya dalam satu kenyataan di sini. Pesawat itu berlepas dari lapangan terbang Tanah Merah Kabupaten Boven Diguel menuju lapangan terbang Oksibil, Kabupaten Pegunungan Bintang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya