MEXICO CITY 1 Ogos – Sekurang-kurangnya 97 orang cedera apabila sebuah pesawat syarikat penerbangan Aeromexico terhempas sejurus berlepas dari negeri Durango, Mexico, semalam namun kesemua penumpang dan kru terselamat. Pengendali lapangan terbang, Grupo Aeroportuario del Centro Norte dalam satu kenyataan berkata, pesawat sederhana besar itu hampir penuh dengan 97 penumpang dan empat kru sebelum ia terhempas kira-kira pukul empat petang waktu tempatan. Menurut penumpang, Jackeline Flores memberitahu media bahawa jet penumpang itu terhempas ketika hujan lebat dan dia berjaya menyelamatkan diri bersama anaknya melalui sebuah lubang pada badan kapal terbang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya