IPOH 13 Ogos – Kerajaan negeri akan meneruskan peruntukan tahunan sebanyak RM50,000 termasuk kepada wakil rakyat pembangkang di semua 59 Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu berkata, kerajaan Pakatan Harapan terbuka dengan cadangan agar wakil rakyat pembangkang juga diberi peruntukan yang sama rata. Katanya, cadangan itu akan diteliti dengan mengambil kira faktor seperti keadaan kewangan semasa, dasar dan hala tuju kerajaan negeri serta pemakaian peraturan-peraturan yang berkuat kuasa. “Kerajaan tidak sama sekali mengamalkan politik berdendam atau ‘vengeance politic’ seperti yang dibangkitkan oleh wakil rakyat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya