MINAT mendalam terhadap dunia perniagaan membuatkan Sarudin Sahak, 32, berhenti kerja sebagai eksekutif kawalan kredit di sebuah bank terkemuka semata-mata mahu menceburi bidang yang digemarinya sejak sekian lama. Namun menceburi dunia perniagaan bukan mudah seperti disangka. Perniagaan yang dijalankan seperti membekalkan barangan kepada agensi dan membuka kedai makan gagal bertahan lama. Tidak mahu berputus asa, Sarudin mencari peluang untuk bertapak dalam perniagaan kosmetik bersama isterinya, Wan Marina Wan Musa, 37, pada 2015. Usahanya dalam dunia perniagaan kosmetik sejak enam tahun lalu membuahkan hasil. Bagaimanapun, minat mendalam terhadap perniagaan makanan mendorong…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya