KUALA LUMPUR 29 Ogos – Lebih 800 peniaga dan penjaja di Uptown Danau Kota, Setapak di sini akan dipindahkan ke lokasi sementara sebelum tapak kekal yang baharu siap dibina. Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew berkata, perbincangan pihaknya dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) masih berjalan dan tapak sementara tersebut juga sudah dikenalpasti. Katanya, pemindahan kesemua penjaja sama ada berlesen mahupun tidak berlesen akan dilaksanakan ekoran pelbagai isu berbangkit di tapak sedia ada seperti masalah kesesakan dan kebersihan yang menjejaskan kawasan perumahan di sekitarnya. “Beberapa persatuan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya