MATARAM, Indonesia – Satu gempa susulan kuat melanda Pulau Lombok, Indonesia semalam sekali gus mencetuskan panik dalam kalangan orang yang dipindahkan akibat kejadian gempa kuat di pulau percutian itu empat hari lalu. Gempa berukuran 5.9 skala Ritcher itu menggegarkan kawasan barat laut pulau berkenaan, menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS). Gegaran itu dilaporkan berlaku pada ketika anggota penyelamat berusaha mencari mangsa-mangsa yang terselamat di bawah runtuhan bangunan akibat kejadian gempa bumi pada Ahad lalu. Gempa terbaharu itu adalah yang paling kuat daripada kira-kira 355 gempa susulan selepas satu gegaran…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya