ARAU – Kesungguhan Husnizar Hussin yang mengusahakan ternakan kambing tenusu sejak 15 tahun lalu ternyata berbaloi kerana memperoleh pendapatan lumayan mencecah hampir lima angka setiap bulan. Lelaki yang berusia 38 tahun ini memberitahu, setakat ini, ladang milik bersama keluarganya iaitu Rumah Tenusu Bandar Arau menempatkan lebih 100 ekor kambing jenis kacuk Cross Boer, Janapari dan kambing kampung. “Kambing-kambing ini diternak khusus untuk menghasilkan 15 hingga 20 liter susu segar setiap hari. “Kami mempunyai pembekal dan peruncit tetap terutama di negeri ini, Kedah, Pulau Pinang dan Perak,” katanya ketika ditemui pemberita…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya