VILLAR PEROSA, Itali 13 Ogos – Perlawanan pertama Cristiano Ronaldo bersama Juventus terpaksa dihentikan 20 minit lebih awal selepas penyokong merempuh masuk ke dalam padang untuk memeluk dan bergambar dengan bintang penyerang Portugal itu semalam. Lebih 5,000 penonton membanjiri ladang keluarga Agnelli yang terletak di kawasan perkampungan Villar Perosa, 40 kilometer dari Turin untuk melihat Ronaldo beraksi dalam perlawanan persahabatan tahunan antara skuad senior Juventus menentang pasukan bawah 20. Ronaldo menjaringkan gol pembukaan pada minit kelapan, dan mencipta gerakan bahaya yang menyebabkan pemain Juventus B, Riccardo Capellini menjaringkan gol sendiri,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya