KOTA BHARU 8 Ogos – Sekretariat Peguam Muda, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia hari ini mempersoalkan tindakan kerajaan melantik peguam dari firma guaman Peguam Negara untuk memfailkan tuntutan ke atas rampasan kapal mewah The Equanimity, semalam. Pengerusinya, Nik Saiful Adli Burhan berkata, pihaknya berpandangan pelantikan itu boleh menimbulkan suatu konflik kepentingan kerana barisan peguam yang dilantik merupakan peguam cara di firma guaman Peguam Negara, Tommy Thomas. “Bagaimana kerajaan hari ini boleh melantik peguam dari firma guaman Peguam Negara sendiri bagi memfailkan tuntutan kes ke atas kapal tersebut dan menyiasat status pemilikan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya