KUALA LUMPUR 12 Ogos – Pelakon pembantu telenovela Cinta Tiada Ganti iaitu Nurin Misha, 52, disahkan meninggal dunia akibat sesak nafas setelah dipercayai menghidap penyakit tonsil sejak beberapa minggu lalu. Pemilik syarikat pengurusan bakat, J Mazin Talent & Management, Nizam J memaklumkan, Nurin atau nama sebenarnya Nor Amisah Abdullah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9.20 pagi di rumahnya yang terletak di Jalan Ipoh, di sini. “Saya difahamkan, sejak kebelakangan ini tahap kesihatan arwah terjejas dan telah dibawa berjumpa dengan doktor untuk membuat pemeriksaan lanjut. “Hasil pemeriksaan, doktor mengesyaki punca yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya