GELAK tawa kanak-kanak memenuhi ruang Taska Ar-Raziq di Seksyen 3, Shah Alam, Selangor. Dalam kalangan kanak-kanak berusia dua hingga lima tahun itu, ada yang ke sana dan ke sini dalam ‘dunia’ mereka sendiri. Ada juga yang mengusik kawan-kawan berhampiran. Namun, yang ketara sekali, mereka masing-masing memegang Jalur Gemilang. “Anak-anak Ar-Raziq!” Tiba-tiba suara lantang seorang guru wanita menghentikan keriuhan mereka. “Kita nyanyi sama-sama ya,” kata guru itu sebaik sahaja mendapat perhatian mereka. Dan, lagu Tanggal 31 nyanyian Allahyarham Datuk Sudirman Arshad mula berkumandang. Meskipun tidak dapat mengikut nada lagu itu sepenuhnya,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya