KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang bagi memansuhkan Akta Antiberita Tidak Benar dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong membentangkan RUU Antiberita Tidak Benar (Pemansuhan) 2018 yang mengandungi dua fasal itu bagi bacaan kali pertama. RUU itu bertujuan mengadakan peruntukan bagi pemansuhan akta berkenaan disebabkan perubahan dasar kerajaan bahawa berita tidak benar boleh ditangani di bawah undang-undang sedia ada seperti Kanun Keseksaan, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. RUU itu juga menyatakan apa-apa penyiasatan, pendakwaan atau prosiding…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya