MEMBUAT keputusan untuk menceburkan diri dalam menjual pakaian patuh syariah bukan perkara yang mudah bagi wanita berasal dari Kuala Lumpur ini. Pelbagai cabaran dan dugaan perlu ditempuh Nurul Izzati Ab. Rahman demi memastikan produk yang dijualnya menepati syariat Islam. Ditambah pula, berniaga pada usia muda memerlukan ibu kepada seorang anak lelaki, Adam Ahmad Firdaus, 2, itu sentiasa peka dengan selok-belok dunia perniagaan yang kian mencabar. Kini, setelah empat tahun menguruskan jenama Mawwadah Izzati Sdn. Bhd. (Mawwadah Izzati), wanita cekal itu semakin berusaha mengembangkan rangkaian peniagaannya bersama suaminya, Ahmad Firdaus Amir.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya