RAUT wajah T. Gajanthren, 60, jelas terpancar rasa teruja saat pertama kali melangkah masuk ke Muzium Telegraf di Taiping, Perak. Gejolak jiwanya kian memuncak apabila melihat pelbagai peralatan telekomunikasi telegraf memenuhi segenap ruang monumen dua tingkat yang lengkap berpendingin hawa itu. Sewaktu menelusuri ruang pameran segmen peralatan-peralatan telegraf, langkah kaki Gajanthren yang awalnya pantas bertukar perlahan. Pergerakan kakinya terhenti di depan sebuah meja sebesar satu meter persegi yang di atasnya dipenuhi peralatan menghantar dan menerima maklumat menerusi sistem kod morse. Dia merenung tajam ke arah alat penerima kod morse dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya