Peminat karya Bollywood pastinya berasa teruja untuk menyaksikan pementasan teater muzikal Mughal-E-Azam: The Musical yang dijadualkan berlangsung di Istana Budaya selama dua hari bermula hari ini. Diarahkan oleh Feroz Abbas Khan, pementasan teater muzikal berkenaan secara tidak langsung mengeratkan hubungan dua hala antara India dengan Malaysia. Bukan sahaja memberi impak positif terhadap hubungan politik, bahkan acara tersebut turut merancakkan industri pelancongan tempatan selain menarik minat pelancong luar. Acara anjuran MI Cultural Event Sdn. Bhd. (MICE) tersebut turut mendapat sokongan daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia. Menurut Pengarah MICE, Datuk…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya