Mata pelajaran Pendidikan Muzik perlu diangkat ke tahap yang lebih baik kerana bidang ini dapat menyumbang terhadap pertumbuhan kecerdasan kanak-kanak, kata Datuk Dr. Amin Senin. Menurut Ketua Pengarah Pelajaran itu, pelbagai kajian telah dijalankan dan membuktikan bahawa aktiviti muzikal yang dilaksanakan secara terkawal dan bersistem mampu menyumbang ke arah pembentukan dan kemenjadian seseorang pelajar. “Yang penting, pendidikan muzik perlu dirancang dengan baik terutama aspek pemilihan lagu, jadual lagu, susunan muzik, penggubahan lagu dan disiplin semasa persembahan,” katanya. Beliau berkata demikian dalam majlis perasmian penutup Kolokium Memperkasakan Pendidikan Muzik anjuran Institut…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya