KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini semalam menetapkan Jumaat ini bagi mendengar permohonan perintah larangan akhbar-akhbar daripada melaporkan apa-apa yang berkaitan dengan kes pecah amanah dan menyalahgunakan kedudukan yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali menetapkan tarikh itu selepas peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib memberitahu, pihaknya telah mengemukakan permohonan secara bertulis berhubung perintah larangan tersebut. Muhammad Shafee memaklumkan, pihak pembelaan dan pendakwaan telah menyerahkan penghujahan masing-masing kepada mahkamah berhubung perintah larangan itu sebelum mencadangkan perkara tersebut…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya