AKU menyusuri lorong Haji Helmi dengan tenang sambil membimbit sebuah fail berisi nota dan kertas-kertas soalan peperiksaan. Tanpa aku sedari langkah tenangku diikuti oleh sepasang mata dari jauh. Aku tidak menyedarinya sehingga satu suara menyapaku dengan lembut. “Assalamualaikum, boleh saya tumpang tanya?” Aku terkejut lalu menoleh pantas ke arah suara tersebut. “Waalaikumsalam!” jawabku sambil memandang tajam ke arah seorang jejaka tampan di hadapanku. “Maaf ye, encik nak tanya apa?” “Sebenarnya saya ingatkan saudari ni kawan saya. Itu sebabnya saya panggil tadi. Tak sangka pula saya salah orang” kata pemuda tampan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya