KUALA LUMPUR 9 Ogos – Tindakan seorang tukang cat mencuri sebuah beg galas berisi dompet milik seorang pesakit di Hospital Kuala Lumpur (HKL) minggu lalu, membawa padah apabila dia dihukum penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini. Majistret Maizatul Munirah Abd. Rahman menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Akmal Boon, 43, selepas lelaki itu mengaku bersalah mencuri barangan milik Nordin Bahak di dalam Wad 1, HKL, di sini pada pukul 4.45 pagi, 1 Ogos lalu. Pertuduhan terhadapnya dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noorelynna Hanim Abd. Halim mengikut Seksyen 379 Kanun…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya