Menjadi tetamu di Jabal Rahmah Buminya terhampar segala doa Kerdil kita mensyukuri rahmat-Nya Penghapus segala dosa Ketika jejari berlari di tasbih Bibir basah berzikir Bukalah jendela hati ketulusan Segala dugaan rela diterima Menebal cahaya keimanan Mencari keredaan Arafah Di sini kita mengenal asal diri Berbondong-bondong manusia Bawah terik mentari kesabaran Suburkan benih-benih keikhlasan Kerana di Mahsyar dunia ini Masih ada jalan pulang Tetamu yang dijemput Beribu langkah mencari mabrur Kurnian syurga tempatnya NORDIN HASHIM Kepala Batas, Seberang Perai
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya