MELAKA – Perkhidmatan bas percuma yang dijanjikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) Melaka dalam manifestonya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas akan dilancarkan pada 20 Ogos depan di Melaka Sentral di sini. Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam Melaka, Mohd. Sofi Abd. Wahab berkata, perkhidmatan bas percuma itu akan melibatkan laluan Melaka Sentral-Hospital Melaka-Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) dan Melaka Sentral-Pasar Transit Melaka. Beliau berkata, perjalanan bas dua hala melibatkan jauh keseluruhan kira-kira 13 kilometer itu akan bermula pada pukul 8 pagi hingga 6 petang dikendalikan anak syarikat kerajaan negeri iaitu Panorama Melaka Sdn. Bhd. dengan kos kira-kira RM1.3…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya