IPOH 5 Ogos – Kerajaan negeri menafikan terlibat dalam penganjuran satu majlis amal yang menampilkan seorang penyanyi wanita berpakaian seksi yang tular dalam laman sosial. Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu berkata, beliau serta Pejabat Menteri Besar atau mana-mana jabatan atau agensi kerajaan negeri tidak terlibat dalam penganjuran majlis sedemikian. Menurutnya, beliau telah meminta pihak berkaitan untuk menyemak kaitan kerajaan negeri dengan majlis tersebut dan makluman yang diterima menunjukkan tiada sebarang tajaan atau kehadiran mana-mana wakil pejabat Menteri Besar atau mana-mana jabatan atau agensi kerajaan negeri pada majlis tersebut. “Justeru itu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya